SELAMAT DATANG KE RUANGAN SANTAI KAMI

Semoga kebahagiaan, kejayaan, dan ketenangan kami berkekalan.

Tuesday, November 15, 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK SRI TANGKAK KE 44 TAHUN 2011

Terasa ianya satu cabaran yang tidak tertanggung olehku bila diberikan tugasan ini. Lagi2 bila hari pertama aku memasuki pejabat baruku aku diserahkan dengan tugasan yang sebelum ini di serahkan sebagai pembantu sahaja. Namun, apa jua ianya perlu aku terima dan jalankan dengan bantuan PA aku, Tuan Haji Mohd. Azlin bin Hashim yang amat berpengalaman di bidang kokurikulum. He and the gang, were doing such marvelous job in those days... Alhamdulillah, Allah Kau berikan kemudahan kepadaku yang kerdil ini.


Aku juga dibantu oleh rakan-rakan guru yang amat memberi kerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh menjayakan kejohanan ini. Mereka berpengalaman dan aku tidak
melepaskan kebolehan dan pengalaman mereka begitu sahaja. Tanpa mereka apalah yang akan jadi kepada majlis petang itu. Aku juga amat berterima kasih kepada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mazlan bin Ahmad yang memberi sokongan dan bantuan dengan komen-komen dan cadangan untuk menyediakan frasarana majlis yang sesuai.

Dalam pada itu En. Rahim, CEO Innoseven Sdn Bhd, tidak dapat hadir merasmikan majlis dan digantikan dengan wakilnya yang lebih formal, Encik Mohamad bin
Haji Abu Bakar, Pengarah JASA Negeri Johor. Semakin gemuruh dadaku dibuatnya....


Alhamdullillah segalanya berjalan dengan baik sekali... Sampai aku boleh jawab dengan begitu yakin bahawa hari itu tak jadi hujan kepada guuru besar bila dia hendak menggulung karpet sumbangan Majlis Daerah Ledang yang menyambut para tetamu kami.... Ketawa dia mendengar jawapanku....

Terima kasih Allah. Terima kasih kawan-kawan... Semoga segala usaha kita akan berterusan ke masa-masa akan datang...

0 comments:

Post a Comment

Fish

Blog Archive